klik

Thursday, August 26, 2010

Contoh hasil Kajian ( Kesan dan Cadangan )

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di kampung Kemubu

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Graf
iii) Carta Pai
iv) Peta Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

No comments:

Post a Comment