klik

Monday, August 30, 2010

Rumusan

RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

Diharapkan panduan ini dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang bermutu.. teruskan usaha anda.

PPsalak

Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]


Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.
Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.
Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.
Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai.
Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Thursday, August 26, 2010

PPsalak (tema dan persoalan)

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.
Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.
Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.
Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.
Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.

Contoh hasil Kajian ( Kesan dan Cadangan )

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di kampung Kemubu

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Graf
iii) Carta Pai
iv) Peta Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

Friday, August 20, 2010

Contoh Hasil Kajian

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh faktor tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.




8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i) melanjutkan pelajaran
- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan
- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan
- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara semulajadi.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

Thursday, August 19, 2010

Karangan Bahagian C

“Carik – carik bulu ayam akhirnya bercantum juga” merupakan peribahasa yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis cerita yang berkaitan dengan maksud peribahasa tersebut.

Panduan dan jawapan:

1. Soalan ini ialah soalan yang berkaitan dengan karangan jenis peribahasa.
2. Karangan ini tidak berformat. Oleh itu anda hanyalah menulis pengenalan, isi dan penutup.
3. Untuk menjawab soalan, anda perlu memahami maksud peribahasa iaitu perbalahan yang berlaku dalam kalangan anggota keluarga tidak akan kekal. Akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.
4. Setelah memahami maksud peribahasa, barulah anda menulis suatu cerita yang berkisar kepada maksud peribahasa tersebut.
5. Rangka karangan dan jawapan lengkap seperti di bawah.

Rangka Karangan:

Pendahuluan
. memperkenalkan dua bersaudara yang baru kematian ayah.
. menerangkan latar belakang kehidupan mereka.

Isi-isi penting:

. Perbalahan bermula sebaik sahaja ayah mereka meninggal dunia- berlaku perbezaan pendapat berkaitan dengan sebuah syarikat peninggalan ayah mereka.
. Samad enggan menjual kilang kerana dia dan bapanya yang mengusahakan kilang itu.
. Fahmi telah mendesak abangnya menjual kilang tersebut kerana kononnya tiada sesiapa lagi yang akan menguruskannya.
. Fahmi yang lebih suka hidup berfoya-foya tidak mahu tinggal di desa untuk meneruskan perusahaan bapanya. Fahmi sebenarnya tiada kelulusan tetapi lebih suka bekerja di kota.
. Samad telah mengajak adiknya membesarkan perniagaan ayahnya tetapi pada mulanya Fahmi tidak bersetuju.
. Atas desakan hidup di kota, akhirnya Fahmi bersetuju untuk pulang ke kampung dan bersama-sama abangnya mengusahakan kilang roti peninggalan ayahnya.

Penutup:
. Mereka berbaik-baik semula dan perniagaan mereka semakin maju.

Contoh Kaedah Kajian

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian
saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung Kemubu

2) Temu Bual
seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3) Soal Selidik
saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4) Rujukan
selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

Pahlawan Pasir Salak

Soalan 1 :

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
[ 10 markah ]
Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah.
Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka.
Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk Kampung Pasir Salak.

Wednesday, August 18, 2010

Contoh Pendahuluan, Objektif Kajian dan Kawasan Kajian

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia mempunyai 25 peratus markah Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Kemubu, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula pertengahan bulan Ogos sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 2 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2) Menyatakan Pola migrasi penduduk di kg Kemubu
3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kampung Kemubu.
4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kampung Kemubu.
5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kampung Kemubu.
6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg. Kemubu mengenai kepentingan migrasi.

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Kemubu Kuala Langat, selangor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Banting dan kira-kira 5 km dari pekan Telok Panglima Garang. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.00 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong 2 yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.
Kampung Kemubu mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 11200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu diikuti dengan kaum Cina dan India. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam padi dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN
1) Lukis Peta Daerah Kuala Langat
2) Peta Pekan Telok Panglima Garang
i) Tajuk dan Bingkai
ii) Arah mata angin dan petunjuk
3) Peta Kg. Kemubu
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
iii) Tajuk dan Bingkai
iv) Arah mata angin dan petunjuk
v) Simbol Piawai
vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta
( peta perlu kemas dan cantik )
- Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

Contoh Kandungan dan Penghargaan (Geo)

SENARAI KANDUNGAN

ISI ...............................................Halaman

1) Penghargaan ................................ 1
2) Pendahuluan ................................ 2
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Hasil Kajian
7) Rumusan
8) Rujukan
9) Lampiran ................................. 15
Bukti ( soal selidik dan temu bual )

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Telok Panglima Garang, En Nordin b Saad kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mamat b Mahmood yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Hashim bin Hisham dan Mohd Ismail bin Mail yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih jugakepada Fuad bin Karim kerana sudi meminjamkan basikal kepada saya.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Kemubu yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

Contoh Muka Depan Kerja Kursus

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang,
42500 Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

TAJUK :
MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
DI KAMPUNG KEMUBU,TELOK PANGLIMA GARANG,
KUALA LANGAT, SELANGOR

NAMA : MZ SUKARNO BIN MUKHTAR
KELAS : 2 WAWASAN
ALAMAT : NO 8, JLN BERDENDANG 88, KG KEMUBU, TPG
NAMA GURU : EN MAMAT B MAHMOOD
TARIKH HANTAR : 20 OKT 2010

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU
—————————------ —————————

Tuesday, August 17, 2010

kerja kursus geografi ting 2

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN DUA 2010

Pelajar Dikehendaki Membuat satu tugasan sahaja

TAJUK : MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
Pelajar dikehendaki menjalankan satu kajian tentang migrasi dalaman penduduk
di kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
a) Konsep migrasi dalaman penduduk
b) Pola migrasi dalaman penduduk
c) Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
d) Kesan migrasi dalaman penduduk
e) Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
f) Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Tugasan Pelajar Hendaklah Mempunyai :
1.Tajuk
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5. Objektif kajian
6. Kawasan kajian
7. Kaedah Kajian
8. Hasil Kajian
9. Rumusan
10. Rujukan
11. Lampiran
Bukti ( soal selidik dan temu bual)

TUGASAN HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM 20 OKT 2010

TUGASAN TAMAT
www.bm-geo.blogspot.com

Wednesday, August 11, 2010

Pelajar Cemerlang Geogarafi -PK2

TAHNIAH

Ting 2 RK1

1) Fuad Firdaus b Bakri
2) Mohamad Khairul Amin b. Mohamad Shabudin
3) Muhammad Afiq b Mohd Aizam
4) Satishwara Rao a/l Narasimmanaidu
5) Sharwinder Singh a/l Sukadevh singh
6) Syed Muzzameer b. Syed Zulkiplee
7) Adlin Ilyana bt Johari
8) Aniz Zahra bt Kamil
9) Chiam Hui Yee
10)Chin Chia Wen
11)Farah Syahira bt Abdul Rahim
12)Jennisha a/p Ramish
13)Nor Fazira bt Mohd Yusof
14)Nur Adilah Syahirah bt Abu BAkar
15)Nurain Nabila bt Rosli
16)Nurfarah Nabilah bt Hazman
17)Nur Fatin Aqielah bt Suparman
18)Nur Syuhada bt Hamdan
19)Nurul Liyana bt Hassan
20)Putri bt Desmawardi
21)Shadhikka phriya a/p Rauichandran
22)Siti Nabilah bt Nasir
23)Siti Norfarhah bt Normanshah
24)Sow Min Shen
25)Vesshalini a/p Mahendren
26)Pavithra a/p Tharumalingam

Tingkatan 2 Elite

1) Brammanavin a/l Rajasegar
2) Mohammad Hafizul Asyraf b Nazir
3) Mohammad Safwan b Shahidan
4) Muhammad Alif Qashri b Abu Bakar
5) Muhammad Fairuz b Mohd Ali
6) Ng Soon An
7) Nor Emyzan b Mohd Yushak
8) Yap Kai Xian
9) Yap Wei Xian
10)Lee Wee Anne
11)Vinitha a/p Govindan Rajan

Tingkatan 2 Efisyen

1) Fifi Natasha bt Mahat
2) Nurul Hafizah bt Razali

Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu - PK2

Tingkatan 2 KAA

1) Amirul Afifi b Pauzi
2) Ar Raf-Raf Al-Ukhaidir b. Zainudin
3) Dzul Hafiz b. Mohammad Salleh
4) Johan Johari b Mukras
5) M.Hazim b A. Rashid
6) M.Nurfikri b Mohd Aris
7) Ain Nadhirah bt Dzulnazri
8) Fairuz Zehan bt Mohd Said
9) Fateema bt Mohd Ann
10)Nadhirah bt Sahari
11)Nur Amirah Firdaus bt Che Abdul KAdir
12)Nur Ashikin bt Mat Habeha
13)Nur Syafiqah Aina bt Roslan
14)Nur Syafiqah bt Mohd Yadzli
15)Nur Syazwani bt Mohd Yazid
16)Nur Farhana bt Ridzwan
17}Nurfatin Amira bt Ramlee
18)Nurin Atika b Mohamad Sapari
19)Nurul Ashikin bt Shahrunizam
20)Nurul Fatin Haziqah bt M.Iqbal
21)Syamimi bt Hamzani
22)Ummi Habibah bt Simin

Tingkatan 2 Dedikasi

1) Mohd Syafiq Syazwan b Zulhaimi
2) Azizah bt Umar
3) Ieza Armieza Raman
4) Jiha Mulhama bt Namazi
5) Nur Nadiah bt M.Lahudi
6) Nur Syafiqah Izzati bt Norzaidi
7) Nurul Afiqah bt Rosli
8) Nurul Arinah bt Muhamud
9) Saffa Sazwani bt Sam.Anuar
10)Salma Amira bt Zulkeflee
11)Teoh Ke Xuan