klik

Tuesday, January 25, 2011

Wira Persona Avatari

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya yang lain, iaitu Pauline, Adeen, Anjali, dan Zuraini menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menyertai pertandingan ini bertujuan untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, iaitu Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.
Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang mengunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.
Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendoiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

TEMA

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat.

PERSOALAN

1. Persoalan untuk menghadapai sesuatu pertandingan
2. Kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup
3. Hubungan kekeluarga yang erat
4. Sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak
5. Golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video
6. Hubunganerat antara kaum
7. Perjuangan mempertahankan maruah agama

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Anas
- Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
- Berumur 17 tahun
- Ketua Pasukan Zamrud II
- Penyayang
- Berani
- Bijak

Watak Sampingan

Aina
- Adik kepada Anas
- Bertubuh kecil – berumur 12 tahun
- Ahli pasukan Zamrud II
- Pintar
- Rajin beribadat
- Gigih
- Keras hati

Zuriani
- Gadis kacukan Melayu-Inggeris
- Sahabat karib Aina – berumur 12 tahun
- Peserta simpanan
- Rendah diri
- Amanah

Kumar
- Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy. Jutawan barang kemas
- Panas baran
- Angkuh
- Menginsafi kesilapan diri

Adeen
- Anak Profesor Zakri
- Berumur 18 tahun
- Pengendali komputer Avatari
- Pelajar jurusan kejuruteraan komputer
- Sangat pintar
- Sabar

No comments:

Post a Comment