“Carik – carik bulu ayam akhirnya bercantum juga” merupakan peribahasa yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis cerita yang berkaitan dengan maksud peribahasa tersebut.
Panduan dan jawapan:
1. Soalan ini ialah soalan yang berkaitan dengan karangan jenis peribahasa.
2. Karangan ini tidak berformat. Oleh itu anda hanyalah menulis pengenalan, isi dan penutup.
3. Untuk menjawab soalan, anda perlu memahami maksud peribahasa iaitu perbalahan yang berlaku dalam kalangan anggota keluarga tidak akan kekal. Akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.
4. Setelah memahami maksud peribahasa, barulah anda menulis suatu cerita yang berkisar kepada maksud peribahasa tersebut.
5. Rangka karangan dan jawapan lengkap seperti di bawah.
Rangka Karangan:
Pendahuluan
. memperkenalkan dua bersaudara yang baru kematian ayah.
. menerangkan latar belakang kehidupan mereka.
Isi-isi penting:
. Perbalahan bermula sebaik sahaja ayah mereka meninggal dunia- berlaku perbezaan pendapat berkaitan dengan sebuah syarikat peninggalan ayah mereka.
. Samad enggan menjual kilang kerana dia dan bapanya yang mengusahakan kilang itu.
. Fahmi telah mendesak abangnya menjual kilang tersebut kerana kononnya tiada sesiapa lagi yang akan menguruskannya.
. Fahmi yang lebih suka hidup berfoya-foya tidak mahu tinggal di desa untuk meneruskan perusahaan bapanya. Fahmi sebenarnya tiada kelulusan tetapi lebih suka bekerja di kota.
. Samad telah mengajak adiknya membesarkan perniagaan ayahnya tetapi pada mulanya Fahmi tidak bersetuju.
. Atas desakan hidup di kota, akhirnya Fahmi bersetuju untuk pulang ke kampung dan bersama-sama abangnya mengusahakan kilang roti peninggalan ayahnya.
Penutup:
. Mereka berbaik-baik semula dan perniagaan mereka semakin maju.
No comments:
Post a Comment