klik

Sunday, June 23, 2013

GEO TING 2 : B1D1E1

B1D1 - Mengetahui asas Geografi.
B1D1E1 - Mengenal latitud dan longitud

Latitud:
Kedudukan sesuatu tempat sama ada ke timur atau ke barat Garisan Meridian Pangkal (GMP). Garisan ini dalam kedudukan melintang.

Longitud:
Garis-garis yang menunjukkan jarak antara sesuatu tempat ke utara atau ke selatan garisan Khatulistiwa. Garisan ini dalam kedudukan menegak.

Tuesday, November 1, 2011

Jawapan BM PAT 2011

1.D 2.D 3.A 4.C 5.B 6.C 7.A 8.B 9.C 10.B 11.D 12.B 13.C
14.A 15.D 16.B 17.C 18.A 19.A 20.B 21.D 22.D 23.C 24.D 25.B
26.A 27.B 28.D 29.C 30.C 31.C 32.C 33.B 34.A 35.B 36.A 37.A 38.B 39.D 40.D

Monday, October 31, 2011

Panduan Geo

Soalan 1 - 6

Kemahiran Geografi:
-Ciri budaya/fizikal
-Jarak/arah
-bearing tu kena mahir
-bentuk muka bumi

Soalan Tingkatan satu:
-Bentuk muka bumi
-Tanah pamah
-tanah tinggi
-ciri fizikal sungai - hulu/hilir
-peredaran bumi
-iklim
-bayu
-ciri tumbuhan
-zon iklim

Ting 2:
Pengiraan waktu
pertambahan penduduk
migrasi
fungsi petempatan
pembandaran
pengangkutan
perhubungan-internet/satelit/h.phone
HARAP DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN GEO: INI SEKADAR PANDUAN SAHAJA

Thursday, October 27, 2011

Jawapan PMR 2011

BM

1:A 6:C 11:D 16:A 21:D 26:C 31:B 36:B

2:C 7:B 12:D 17:D 22:B 27:B 32:A 37:A

3:A 8:B 13:B 18:D 23:A 28:A 33:D 38:C

4:C 9:C 14:B 19:A 24:A 29:B 34:C 39:D

5:A 10:D 15:D 20:C 25:C 30:C 35:D 40:C

Geo

1:D 6:A 11:D 16:A 21:A 26:C 31:A 36:B 41:C 46:D 51:C 56:B

2:D 7:D 12:C 17:B 22:B 27:D 32:B 37:C 42:B 47:C 52:A 57:C

3:D 8:A 13:C 18:A 23:B 28:D 33:B 38:A 43:B 48:D 53:B 58:A

4:B 9:A 14:A 19:C 24:A 29:C 34:D 39:C 44:C 49:B 54:C 59:A

5:B 10:C 15:D 20:D 25:B 30:C 35:B 40:A 45:D 50:B 55:D 60:A

(sebagai panduan sahaja: Bukan muktamad ) copy dr FB cg Ruzi

Friday, September 30, 2011

Friday, September 23, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Simpulan bahasa

Simpulan Bahasa Tingkatan 2 (buku Teks m.s 173)

1. Durian Runtuh - mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka.
2. Jinak-jinak merpati - Wanita yang mudah didekati tetapi sukar untuk mendapatkannya.
3. Lintah darat -Mengambil keuntungan yang tinggi.
4. Pening -pening lalat - Pening kepala sedikit.
5. Tangkal jering - Kedekut.
6. Bau-bau bacang - Hubungan kekluargaan yang jauh.
7. Bunga dedap - Perempuan cantik tetapi perangainya buruk.
8. Tidur-tidur ayam - Tidur tidak lena.
9. Diam-diam ubi - pendiam tapi pandai
10. kera sumbang - Tidak suka bergaul

Monday, September 19, 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

TUGASAN 1:
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:
• Konsep pencemaran alam sekitar• Jenis pencemaran alam sekitar• Punca pencemaran alam sekitar• Kesan pencemaran alam sekitar• Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

ATAU
TUGASAN 2:
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perkambangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian.Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara-perkara berikut:
• Konsep dan jenis sistem perhubungan• Faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan• Kepentingan sistem perhubungan• Kesan negatif perkembangan sistem perhubungan• Cadangan untuk mengurangkan kesan perkembangan sistem perhubungan• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Saturday, September 17, 2011

Perbahasan Ala Parlimen



Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar dari 2KRK2 kerana membuat persediaan dalam perbahasan ala parlimen. Ini sebagai pendedahan untuk menjadi pemimpin pelapis. Idea yang diberikan sangat bernas. Tahniah.

Thursday, August 25, 2011

Jawapan Penilaian Kurikulum 2 - Geografi

1.D 2.A 3.D 4.B 5.D 6.A 7.D 8.A 9.B 10.B 11. B 12. C 13. B 14.A 15.A

16.D 17.A 18.A 19.D 20.A 21.A 22.B 23.C 24.D 25.C 26.C 27.A 28.D 29.A

30.A 31.C 32.B 33.C 34.C 35.B 36.D 37.C 38.A 39.A 40.A 41.A 42.B 43.B

44.A 45.A 46.A 47.B 48.D 49.A 50.C

Tuesday, January 25, 2011

Wira Persona Avatari

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya yang lain, iaitu Pauline, Adeen, Anjali, dan Zuraini menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menyertai pertandingan ini bertujuan untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, iaitu Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.
Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang mengunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.
Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendoiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

TEMA

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat.

PERSOALAN

1. Persoalan untuk menghadapai sesuatu pertandingan
2. Kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup
3. Hubungan kekeluarga yang erat
4. Sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak
5. Golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video
6. Hubunganerat antara kaum
7. Perjuangan mempertahankan maruah agama

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Anas
- Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
- Berumur 17 tahun
- Ketua Pasukan Zamrud II
- Penyayang
- Berani
- Bijak

Watak Sampingan

Aina
- Adik kepada Anas
- Bertubuh kecil – berumur 12 tahun
- Ahli pasukan Zamrud II
- Pintar
- Rajin beribadat
- Gigih
- Keras hati

Zuriani
- Gadis kacukan Melayu-Inggeris
- Sahabat karib Aina – berumur 12 tahun
- Peserta simpanan
- Rendah diri
- Amanah

Kumar
- Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy. Jutawan barang kemas
- Panas baran
- Angkuh
- Menginsafi kesilapan diri

Adeen
- Anak Profesor Zakri
- Berumur 18 tahun
- Pengendali komputer Avatari
- Pelajar jurusan kejuruteraan komputer
- Sangat pintar
- Sabar

Monday, August 30, 2010

Rumusan

RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.

Diharapkan panduan ini dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang bermutu.. teruskan usaha anda.

PPsalak

Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]


Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.
Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.
Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.
Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai.
Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Thursday, August 26, 2010

PPsalak (tema dan persoalan)

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.
Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.
Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.
Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.
Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.

Contoh hasil Kajian ( Kesan dan Cadangan )

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di kampung Kemubu

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga
- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-
i) Jadual
ii) Graf
iii) Carta Pai
iv) Peta Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

Friday, August 20, 2010

Contoh Hasil Kajian

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh faktor tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.




8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i) melanjutkan pelajaran
- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan
- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan
- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara semulajadi.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.